Saturday 20 February 2016

AKTA PERLINDUNGAN KANAK KANAK 1991

Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991

Suatu Akta bagi peruntukan mengenai pemuliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan, dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan dengannya atau yang berkaitan dengannya. 

Kemudahan 
  • Memberi Perlindungan kepada kanak-kanak dan orang muda yang memerlikan jagaan dan perlindungan serta yang telah dianiaya.
Takrifan Kanak-kanak 
  • Mereka yang berusia kurang dari 18 tahun.
Takrifan Penganiayaan
Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1947 (Akta 232) Seksyen 3 
    1. Kanak-kanak atau orang muda yang telah dipukul, diseksa, diabaikan, didedah kepada bahaya; atau disuruh melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan ia dipukul, diseksa, diabaikan atau didedah secara langsung atau tidak langsung yang akan mengakibatkan kecederaan atau penderitaan kepada kesihatannya.
    2. (Termasuk yang menyebabkan hilang penglihatan dan/atau pendengaran, kecederaan anggota tubuh badan dan kecederaan otak).

Friday 19 February 2016

HAK ASASI KANAK - KANAK

DEFINISI Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001.


Perlindungan kanak-kanak merujuk kepada strategi dan aktiviti untuk mencegah dan bertindak balas terhadap pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.

 Pengabaian merujuk kepada kegagalan secara berterusan dan serius untuk menyediakan keperluan asas fizikal, emosi dan pembangunan dari segi kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempat perlindungan dan kehidupan yang selamat untuk kanak-kanak. Pengabaian boleh mendedahkan kanak-kanak kepada segala bentuk bahaya, termasuk mengancam nyawa mereka.

Penderaan kanak-kanak adalah satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka.